Selesema burung lebih bahaya daripada SARS
(Utusan Malaysia, Khamis – 29 Januari 2004)
Kuala Lumpur (Malaysia) – Wabak selesema burung lebih berbahaya daripada penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) kerana ia boleh membunuh secara cepat dan senyap tanpa menunjukkan tanda-tanda tertentu. Menurut Ketua Laboratori Imunoterapeutik dan Vaksin, Universiti Putra Malaysia (UPM), virus yang berpunca daripada burung itu akan lebih cepat meresap dan ‘mengganas’ dalam tubuh manusia sekali gus membunuh sekiranya mangsa yang terkena virus itu mengalami selesema.
Tempoh enam bulan hasilkan vaksin ubati selesema burung
(Utusan Malaysia, Isnin – 26 Januari 2004)
Bangkok (Thailand) – Menurut jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksin bagi mengubati selesema burung yang melanda Asia mungkin berjaya dihasilkan dalam tempoh enam bulan lagi. Bagaimanapun, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata dalam webnya bahawa ia bimbang virus tersebut akan berubah sekali gus menjejaskan kerja-kerja penghasilan vaksin tersebut.
Tumpuan bendung selesema burung
(Utusan Malaysia, Rabu – 21 Januari 2004)
Hanoi (Vietnam) – Pakar-pakar penyakit antarabangsa kini bertungkus lumus berusaha untuk membendung penularan wabak selesema burung di Vietnam. Enam pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan penyakit Amerika Syarikat (AS) tiba di Hanoi pagi ini untuk membantu pakar-pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pihak berkuasa kesihatan Vietnam. Setakat ini Vietnam mencatatkan lima kes kematian yang disahkan akibat virus H5N1 di bahagian utara negara itu.
Selesema burung tidak merebak melalui makanan
(Berita Harian, Isnin – 19 Januari 2004)
Manila (Filipina) – Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), selesema burung yang membunuh sekurang-kurangnya empat orang di Vietnam kebanyakannya berjangkit menerusi najis burung dan bukan masakan ayam. Apabila dicemari najis ayam, virus avian influenza masuk ke dalam udara dan disebarkan menerusi angin. Penternak ayam juga menghadapi risiko dijangkiti virus berkenaan. Dengan memasak atau merebus ayam sebelum mencabut bulunya virus itu akan mati.

No comments:
Post a Comment